Saturday 7 December 2019

Keajaiban Cinta dan Lafaz Akad/ Ujian ke arah perkahwinan

Setelah bertahun saya tidak menulis blog, kini saya telah berumur 25 tahun dan telah menjadi milik seseorang bernama Khairul Amin. Alhamdulillah.. Rata-rata kawan yang saya kenal semasa sekolah dan universiti juga ada yang sudah berumah tangga, mempunyai anak seorang, sedang melalui alam pertunangan, sedang membuat persediaan untuk ke alam perkahwinan dan sebagainya. Pastinya setiap orang mempunyai lain cerita dan pengalaman dalam setiap proses untuk membina rumah tangga. Bak orang tua kata, setiap pasangan yang berniat ingin mendirikan rumah tangga pasti akan melalui ujian untuk menguji kesetiaan, kematangan dan kekuatan cinta pasangan tersebut. Maka disini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman alam pertunangan ke arah alam perkahwinan kami. ^_^

KENAPA NEKAD UNTUK BERTUNANG???

Saya dan Amin bertunang pada 21 Oktober 2017. Kawan terdekat yang faham dan kenal saya ni macam mana orangnya, memang terkejut beruk apabila dengar berita pertunangan ini secara tiba-tiba. Okay, kat sini saya nak cerita macam mana saya betul-betul nekad mengambil keputusan untuk teruskan ikatan pertunangan ini sedangkan ketika itu, saya sedang belajar di UiTM Shah alam semestar ke 4. Ada lagi 1 semester untuk completekan Degree saya. Malah Amin pula bekerja sebagai Engineer di Pineng. kami bercinta jarak jauh selama 4tahun. Okay, kenalah mengaku kesalahan sendiri kan, saya terkantoi berkawan dengan seorang lelaki lain di univeristi dan untuk mengembalikan kepercayaan Amin ni, saya nekad untuk mempunyai ikatan pertunangan dengannya kerana rasa diri ini tak complete tanpa cinta Khairul Amin sebagai cinta manusia. Bila fikir balik, rasa malu dengan tindakan kantoi saya time tu. Nakal dan sangat tak matang. Bagi saya, ikatan pertunangan ini sangat bermakna sebab dari ikatan inilah saya belajar erti kesetiaan dan betapa indahnya setia itu. 

HARGAI MASA BERSAMA

Dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada sebarang ujian lagi untuk saya menamatkan semester ke 4 dan ke 5. Setelah menamatkan pelajaran pada Julai 2018, Alhamdulillah saya bekerja sebagai Engineer di Johor dan pernah bekerja sementara di 7eleven. Malah, Amin bekerja di Pahang sebagai Engineer juga. yeaahhh,, masih lagi bercinta jarak jauh diiringi dengan ikatan pertunangan. Ujian kami ketika ini, hanya masa untuk kami contact sangat terhad. Masing-masing penat bekerja. Kadang-kadang kami bergaduh, baik semula dengan sendirinya.. Sangat tak berbaloi gunakan masa yang boleh luangkan bersama untuk bergaduh. So, better sweet-sweet and happy-happy jeerr..

ORANG KETIGA

Orang kata tempoh pertunangan ni ujiannye sangat mencabar. Contoh yang paling common, ORANG KETIGA. For me, takkan ada orang ketiga selagi kita xmemberi ruang dan peluang orang lain masuk kedalam hidup kita. Tak dinafikan, memang akan ada orang untuk cuba mendekati atau berkenan dengan kita. Contoh yang saya alami, Orang bagi surat kat cermin kereta, bagi biskut dan gula-gula atas meja office, whatsapp personal which is dapat nombor dari group, kawan kepada kawan kirim salam dan macam2 lagilah. Yang paling ujian besar, crush kita time belajar rupanya crush kat kita jugak..hahaha.. dah terlambat lah, bukan jodoh. The point is, jangan sesekali layan dan tolak dengan baik. Itu mak saya selalu pesan. Kebanyakan mereka ni tak tahu yang saya sudah bertunang. So terangkan secara baik supaya tiada sifat dendam kerana sukakan seseorang adalah fitrah manusia. 

FINANCIAL PROBLEM

Kami merancang untuk berkahwin pada March 2019 dan mula merancang pada Januari 2019. Lambat kaaann perancangan kami. 3 ke 2 bulan sebelum majlis. Bermula dengan jumpa wedding planner untuk pelamin, solekan dan baju. Seterusnya dengan katering, khemah dan doorgift. Untuk merancang, perkara utama adalah berbincang dengan parents. Pada mulanya, perancangan mereka ni agak merumitkan kewangan kami. Tapi setelah berbincang dan kaji jumlah tetamu dan kewangan, Alhamdulillah dipermudahkan. Nak berdebat ni kena ada FAKTA. hehehe.. Dari segi ujian financial, Alhamdulillah tak de lah complicated sangat. Dipermudahkan.

DOA, KEREDHAAN DAN KEAJAIBAN

Okay, kisah ni saya tak pernah bagitau sesiapa pun kecuali keluarga terdekat saya sahaja yang tahu. Ini ujian paling besar pernah saya alami. Sebulan sebelum majlis, badan saya mula rasa gatal dan kemerah-merahan. Masuk minggu ke2 tu, hampir seluruh badan rasa gatal dan kemerah-merahan seperti kurap yang tebal. Tapi ianya bukan kurap. Cuma rasa gatal dan bentuk besar kemerahan bulat seperti kurap. Seriuos, dalam hidup saya, tak pernah ada masalah kegatalan seteruk itu. Even gatal sikit pon xpernah rasa. Jumpa doktor, doktor kata gatal biasa ni.. sapu ubat je k. Seminggu sapu ubat doktor bagi tu, langsung tak berkesan malah makin membesar dan merebak. Setiap hari rasa macam nak nangis mengadu kat mak. Sampai ke tahap AKU TAK NAK KAHWIN...!! MALU..!! kenapa time ni juga penyakit tu wujud..?? 

Minggu ke 3, saya decide untuk beritahu tunang yang saya ada sakit tu. Tunjuklah gambar2 kurap dari google supaya dia faham keadaan saya macam mana. Dia pon suggest beli ubat makan kat farmasi terdekat. Sama, tetap tak berkesan. Seminggu je lagi tempoh untuk saya berubat sebelum berkahwin. Perasaan memang give-up, tak nak kahwin. Tapi semua dah tempah dan kad sudah diedarkan. Takkan nak cancel majlis..??? GILEERRR APEERR.. So apa yang boleh buat, berdoa dan redha je dengan apa yang akan terjadi. Dalam pemikiran saya time tu, tak pe, kahwin je. Kalau dia nak ceraikan aku, tak terima fizikal aku time tu. Aku redha. Pada masa yang sama dia pon berdoa dan redha. walaupun dia masih meragui penyakit aku tu betul ke atau sekadar menguji dia. Yelah, time ni mana boleh bagi gmbar real, gmbr google je lah boleh bagi. TAK HALAL lagi. 

Majlis akad nikah berlangsung pada 16 March 2019, 3ptg. Pagi tu, badan saya masih lagi gatal dan kemerahan macam biasa. Tidak ada tanda langsung untuk pulih. Masa berlalu dengan pantas sampailah majlis Akad nikah beserta dengan sekali lafaz oleh Khairul Amin. Alhamdulillah, majlis kami berjalan dengan lancar dan akhirnya saya halal untuk Khairul Amin. Selepas majlis bersuka ria bersama sanak saudara, rakan-rakan parents saya dan jiran2, tiba masa untuk kami kemaskan diri dan tidur. Perkara pertama yang suami ingin tahu adalah kesan kemerah-merahan itu. Saya tunjuk dengan rasa takut dan malunya. Ajaibnya, DIMANA KEMERAHAN DAN RASA GATAL YANG AKU RASAKAN SELAMA SEBULAN..????? HILANG... PELIK.. Saya membelek-belek dan mencari kawasan lain yang wujud kesan tersebut. PELIK.. HILANG.. SEOLAH-OLAH TAK PERNAH WUJUD PUN KAT BADAN AKU TU WEYH.. ayat yang mampu dilontarkan oleh suami saya ketika itu.. "hmmm,, agak dah saja nak uji saya.." at that time my reaction only (-_-"), dan tarik mak saya sebagai saksi. Barulah dia percaya. Ajaib kan.. Itu lah ujian terbesar pernah aku alami dalam tempoh usaha mendirikan rumah tangga. Memang ianya hanya ujian yang datang dari Allah dan pergi jua kepadaNya. 

So, pengajarannya, setiap orang lain cerita, pengalaman dan ujian yang Allah turunkan untuk uji kekuatan dan kematangan kita dalam menyelesaikan masalah. Kuncinya, USAHA, BERDOA dan REDHA. Alhamdulillah sekarang baby dalam kandungan berusia 8 bulan.

 "Kalau dia ditakdirkan untuk kita, in sha Allah ujian tu hanyalah untuk menguatkan kita, dan kalau dia bukan takdir kita, itu adalah petunjuk dia bukan yang terbaik untuk kita." SEKIAN.

Wednesday 23 April 2014

part3 diploma in civil engineering UiTM

haaaaa...finally aq da abes semestar 3 untuk diploma kejuruteraan awam di uitm jengka pahang buat kali terakhir. disebabkan aq da janji nak update blog lpas 5 bulan aq study subjek2 killer tu, and now i'm come back to share subjek part3 diploma in civil engineering for UiTM. OMG,, jangkaan aq mata panda,xtido, busy2 gilew.. mmg menjadi kenyataan dan itu lah yang aku lalui tok semesta ni, sem2 aq sibuk nan lab report smpaikan mse study week aq still mencari bahan tok lab..haaa,,rsenye trok sem 2 ag laaa dri sem 3 ni,. okey, continue ape yg ptot,aq akan crite bnde2 yg aku ingat je la eah..

BEL 311- Fed up gilew nan mid-term paper kiterang,, firstly, kiterang dpat miss au,,bapak leceh miss ni,, references dye tu xley blah, then, slah white space jer kooooottttt..haisy..kiterang pown layankan je la..ikot jeeee.. walaupun actually bnde tu xpernh diterangkan..it's okey,,memang duit aq untuk diabeskan tok print midterm paper jerrrppp.. then, dipertengahan sem, ttbe kiterang ditukarkan lec..miss kpde madam.. first expression..madam tu nmpk tegas..n paling sakit ati sekali madam tu xsuke tajuk mjidterm kiterang..adussshh,, perah otak, n duit...!!! kiterang perah otak xtido satu mlm kot,,da smnpai outline kot mse tu nak hantar first draft da.. ttbe kne tukar tajuk.. so, aq and marina(group BEL 311) follow kaan je lew.. dri tajuk OBESITY kpde tjok UNHEALTHY DIET.. see,, tjok kiterang bukan ptotnye isinye same ke?? hmmm,, kiterang tukarkan je la obesity kpde unhealthy diet.. n tukar ckit2 isi yg ptot n nak dkat sme ayatnye.. esok2 nye.. bile si kwan aq ni MERAYU madam dgan send mcj,,madam ckap, okey, u can use your oldest topic.. OmG...!! abes tu isi yang kiterang wat satu mlm smpai xtido tu???? hmmm,, finally kiterang plih tjok yg lame jgak..haisy..waste my time.. I didn't study 4 my test bcz of that !! hmmm, lama kelamaan actually madam tu baik..lebih baik dri miss kiterang yg sblomnye sbb carry mark kiterang masing2 tinggi..bayangkanlaahh,,spew nak bagi speaking test 15 markah??? haahaha,,baiklaaa kan sbb bgi carry mark tggi,, n madam pown,,baik,dye tgor kesalahan kiterang nan baik.. n sesiapa dpat madam Zulaikha tu,,mmg beruntung.. bel ni xde la sesusah mne,,cume pndai cri jwpan, n pndai wat essay n references.. tu jerp..

csc 128- pergh gilew subjek ni.. aq blja subjek ni, aq xtau ape function aq study subjek ni?? knpe civil pown ade subjek ni?? haisy menyusahkan hidup aq!! aq paling menyampah subjek ni, mse belaja dlam klas tu mmg la aq faham,,tpi bile keluar klas..nope..bukan nk tggu keluar klas je.. blja then, tros tgok soalan pown aq xfaham soalan tu nak ape sbnrnye.. mse tu aq pk dan tenung kertas tu " what do u mean?"" what do you want from me?" and "what did I study just now????!!"" aarrgghh!! I'm give up all of this!!
u know, lecturer yg ngajar kiterang pown da fed up nan kiterang yang lambat pikap ni tau,
then,aq dpatkan nasihat dri buah ati aq.. hehehe,,secret.. dye pndai dalam bab2 komputer ni, so, advice dye,, kne study nan flow chart n fahamkan step by step setiap structure. aq cube study seme tu mse study week, n yeah,,aq hmpir memahami konsepnye ckit2, tapi lupe bile aq study subjek2 lain, sbb exam subjek2 lain dlu an,, n esoknye nak study tu, aq abeskan mse kat library yang ntah ape yg aq study pown xtau, yg pasti aq study test2 yg pernh aq wat jerp.. seriously,,korang study je test2 yg korang wat tu,,confirm dpat jwab..petangnye, ape ag..DATING laaa kan..n mse tu yg aq bru dpat konsep yg sebetul betulnye.. bgi aq csc ni xpyahla study strunggle sgt, fham konsep jerp..nak kate senang tu,,mmg susah actually..bgi aq laa..tpi bile da faham konsep..everything is gonna be okey..n byakkan LATIHAN...

CTU 211- waaahh,,seriously,,aq suke subjek ni sbb ustaz kiterang tu byak pengalaman yg diceritakan.. klas dye mmg kdg2 mengantuk,,tpi aku xmengantuk mne,,cume maybe penat kot.. tpi aq suke ustaz tu.. sempoi.. byak berkongsi cerita dye kat mesir, n beliau jugak seorang pendakwah..haaaa,,darse cam p klas ustaz azhar idrus jerp.. hahaha.. muke dye pown mcam ustaz azhar idrus tau.. hahaha, n mse aq  jwab exam pown ,okey laaaa..boleh laaa..xsusah,xsenang,,tengah2,,

ECG 203- pergh.. subjek ni yg paling sakit sekali tau x, n subjek ni last subjek mse exam,lecturer kiterang lecturer popular tau,, nmenye DR. Adnan. haaaa,knpe aq ckpa dye popular,,, sbb..adelaaaa..hahaha,,,, tapi study nan DR ni mmg bez,,tapii.,, ape yg dye ngajar seme xmasuk dalam exam kali ni.. bapak menympah aq nan soalan tu mse msok exam.. xtau la samada aq akan repeat klas ni ag ke x sem dpan..haisy..btol2 redha..

ECM 206- haaaa,,ni la subjek yg aq xsabar2  sngat an ari tu..hmmm,, aq suke bab kire dye.. bapak best mengira kuantiti kandungan dalam konkrit..tapi...mse exam ari tu,,,xkua langsung kire2 tu..hmm,,nseb bek aq blja gitu2 je bab tu,, semenye kua teori jerp..seriously,,seme yg aq belaja dlam buku,, mse nak exam tu,,mmg ade dlam buku,,tpi itu huraian yg kiterang jangka,xkan keluar.. sbb lecturer kterang pown kate,,xkan kua yg cam2 ni.. so,,xbce laaaaaa kiterang..bapak susah gilew2 mse exam tu,, kwan2 aq kate aq jwab pnjang gilew berjelaaaa ayat aq..tapi actually seme tu aq main tibai jerp.. semenye berdasarkan strenght, hardness n what so ever..aq tibai jerp ape yg ptot n terlintas kat otak aq.. lecturer aq kate,,,civil ni mmg subjek tibai,,goreng jee asalkan boleh jdi mknn,hmmm,, xtau laaa..yg pnting da usaha smpai xtido,,tgok2 soalan cam tu,,,haisy,,menyumpah aq nan soalan tu mse buke soalan lepas aq bace doa minx lapang kan dada...hahahaha,, apelaaaa...

ECS 208- hmmm,, aq rse bnde ni snang wlaupun jwapan mmg pnjang berjelaaarr.. tpi kan bagos kalau mse yg diberikan adalah 3 jam 30 minit.. oowwhh,,plezz,, I need 30 minutes more to complete out of 100 percent...!!!

 MAT 215- hmmm,,ni je la hrpan intan emas aq.. too easy if u do more exercises.. kne ingat step by step dlam setiap topic..sbb ianye berkait rapat antara intergrate and differential.. pling keliru adalah trigonometry,,stiap topic msti ade trigo..

so, that's all my story life in semesta 3 in jengka,,buat kali terakhirnya aq berada dan belaja dijengka...i will miss u jengka..!!! jengka laaa tempat yang paling tenang bgi aq...tempat impian aq mse aq kecil..dlam utan nan byak2 pokok... n every sem blok aq dkat nan pokok2 besar yg mmg jrang sgt aq jmpe..byak memori sweet, stress, sadness, and I know what is life from Jengka.. I'll always remember u jEngka!!


Thursday 21 November 2013

subjek part 3 tok civil engineering

see... sem 3 nnti aku kena hadap 7 subjek, satu lagi koko..cam biase r ,Co aq tennis..haha,,pic tu bukan slip tok aq,,tpi tok member aq, aq xtau la Co tennis aq nnti camne,, dah la aku ni lembik, stkat nak servis tu,, boleh r, kalau nak main,,,sambut bola tennis tu,,mmg x r,, xde gaye ag tok aku jdi atlet tennis,,tpi actually men tennis ni best,enjoy, kalau pndai main,, kalau x,, kutip bola la jwabnye.. hahahah..

BEL 311- hmmm,,aq pernah tanye senior aq,dak civil part 6 naik sem ni, dye kate BEL part 3 ni agak susah r, dia kate part3 ni memang part maut tok student civil, haaaa,,dengar jer cam menakutkan.. cam susah jer,cam susah jer..  BEL 260 pown da susah, ape ntah ag BEL 311, haha,,aku ingat lagi, sem lpas aku study BEL hard gilew kot,mmg target nak A, tapi hareemmm,, B- yang aku dpat, tapi seriously,,susah kot BEL 260. tak caye try r,hahah,,berani ke korang nak try..heeeee

CSC 210- haaaa,,ni lagi satu subjek maut jugak ni, aku dengar senior2 aku part3, final dyerang memang susah tok subjek ni,, tak.. bukan sem dyerang je yang susah,,setiap sem.. dan aku bakal menghadapi kesusahan itu nanti.. aku ade member dengan senior OM, sekarang dye da nak grade da,hmmm xsmpat nak jumpe dye wat kali terakhir sem lpas, (aq busy gilew) dye kate, CSC ni mmg subjek susah sbb berkaitan nan komputer,, byak programmer. haha,,aku xdpat byangkan camne susahnye subjek tuh,, so,,tunggu je r,, camne r aq nak handle subjek ni nnti... 

CTU 211- subjek yang nmpk senang, tapi susah sbnarnye, heloooo,,part1&2 aku just dpat A- jerp kot,, mse sekolah dulu tak main la A- ni,,tpi msok U ni ttbe dpat A- tok subjek islamic nie, hmmm,,maybe aku byak main dan xfaham konsep kot,, dan maybe cara jawab aku tak bernas,CTU ni, seriously ,sebiji macam sejarah tingkatan 4&5,( da lah aku selalu nangis setiap kali dpat markah sejarah dulu) xpe..can't wait to see u CTU 211.. 

ECG 203-  basic soil mechanic, soil..! pasal tanah ? haish, kne ngadap tanah ag,, (da mmg subjek utama civil) terima je r, mule2 tu mmg agak xboleh bawak jugak r geology ni, tpi lama kelamaan, actually subjek ni menyeronokkan, n tajok2 dye step by step kne tau, lau xtau satu step, hancur.. celaru r jadinye, macam sem lpas, dah nak final baru aku cuba tok fahamkan geology tu, nsib lpas, lau xlpas,,naya aku..serious,salah aku cz prepare awal2 study geology,,target aku xlepas..ape pown,aku sntiase rse seronok bile wat lab,tpi lau wat report.. sorry laaa,,menangis aku,,tapi rsenye sem ni xde lab,,just teori jerp.. LAGI R MENANGIS.. haisy,,

ECM 206- material of civil engineering.. waahhh,,macam menarik ajerp..subjek ni aku xde tye2 plak kat senior2 aku, ( xtau yg subjek ni wujud ) so,for me interesting subject and can't wait to know.. aku rse maybe susah, dan perlu byak membaca.. standard r,,  subjek EC kot.. byak membaca ( tapi aku lebih suka mengira dari membaca ) so, excited to see you ECM 206..!!

ECS 208- basic solid mechanic.. xtau la camne,,maybe dye lebih pde pengiraan, mcam fizik.. ye kot,, aku prnh tye senior aku, dye byak teori dan pengiraan. hmmmm,,bgi aku, susah..haisy,,seme susah ni,, mne satu aku nak target A pown xtau laaaa...

MAT 215- haaaa,,ni subjek favourite aku.. tpi xley jamin la dpat A ke x, sbb aku xtry ag.. calculus for engineer,, waaahh,, dengar cam hebat dan susah jerp..hahaha,,yg lawak, sem lpas, calculus I, aku wat exersice byak gilew smpai 2 helai kertas drawing A2 aku sebat..penuh..xde ruang langsung.. ( ye r,da tu je subjek yang aq ley cover an tok yg lain ) yg aq mampu r..hahaha,,yg lain? hmmm,, untung Allah bgi and berkat doa mak bapak aku, lau x,, xtau laa..hahaha,

so, ni je r subjek2 yang aku dapat komen sebelum aku study n naik sem nnti, kitew tengok ape yg akan berlaku selepas 5 bulan nnti, kite tgok ape citew yg aku akan kongsikan tok korang nnti eh... ape yg aku dapat agak, ,busy,xtido,mata panda, stress akan aku jumpe tok sem 3 nnti, WELCOME TO ENGINEER WORLD..!!

Monday 4 November 2013

bola oh bola

bola...?? ape yg best sgt tgok bola ni..?? knpe pemain2 bola sibuk berebut bola tu sedangkan bola berlambak kat kedai..?? knpe org beriya sgt tgok bola..?? knpe bola sepak paling famous berbanding sukan2 yg lain..?? haaahh,,tu permainan lelaki,,perempuan xperlu tgok...hahaha, tu la aq fikirkan sebelum aku minat bola. first aku minat bola ni sbb member aku (Ayien) ajak aku tgok bola kat internet. mse tu bru msok sem1. so, xde bende nak wat. dye yg paling beriya ajak aku tgok, aku.. layan je r..( walaupun xfaham ) mse tu malaysia lawan singapore,,( xbrpe nk ingatla) layan,punye layan.. internet ttbe da slow. then, sambung tgok bola kat dewan makan.. pergh, kat DM pown ramai pompuan tgok bola..?? pastu bising plak tu.. haisy..serious,, serabut aku tgok. tapi disbbkan member aku nak tgok, aku pown follow jerp. sebutan GOOAAALLLL...!!! sentiase dilaungkan walaupun xgoal lagi. hahaa,, agak lawak bile diperhatikan. macam2 gaye, jeritan, reaksi muka yg aku tgok.. hahaha..

the other time, aku tgok bola MALAYSIA lawan THAILAND. hmmm,,mse ni la aku mule minat. serious, kejam kot pemain thailand. main kasar dan kepung psukan malaysia..tpi bgi aku tu strategik kot.(pandai). yg paling aku ingat pemain thailand tu KAWIN. haha,,namenye unik dan lucu. tapi main kasar. pastu pemain thailand kot yg sepak kepala FARIZAL. pegrh.. sedap2 dye je sepak kple org. org sepak bola dye sepak org.. TERBAEEEKKK..!! mse tu mmg jumpe geng2 kaki bola,, bile dah jumpe, dengan aku2 sekali jdi MEROYAN cam dyerang. (seronok la sbnrnye layan bola nih ) nak goal, tapi xjdi,nak goal tapi xjadi lagi,, BILE NAK GOAL NI....??? tu r realiti dan suspennye.

moment yg xboleh blaaahh, mse JDT lawan kelantan. seingat aku baru2 msok part2 kot, so,cam biase, xde keje nak wat. layan bola kat DM. haaahh, mmg aku nan geng2 aku tempah tempat ddok paling dpan laa. nk tgk JDT punye psal. pulak mse tu, si Mat yo tu baru msok JDT, lawan kelantan pulak tu. haaahaa,,mmg kne la JDT nan kelantan. ( padan muke Mat yo, sape suruh msok JDT ) haisy...haha . tapi JDT tetap dihati laa. masa tgok perlawanan tu, budak2 kelantan berlambak kat DM tu, lagi2 budak yg duduk kat blkang aku. GOOOAAALLL..!! pekik sekuat hati bile kelantan goal. lantang gilew, haha,, aku pown join skali walaupun JDT xgoal..(pura2 sokong kelantan).make enjoy r,,xyah nak stress2,, ' elleeeyy,,xde Mat yo pown kiterang ley menang laa' amboi... mek kelantan ni. bengkeeekk je member aq yg sorg tu. haha.. aku?? tak amek kisah pown, yg penting aku tgok tok hiburan jerp. ( bukannya fanatik sgt ). tpi,, mmg JDT tido pown mse tu, TAK MENGAUM LANGSUNG.

yg paling lawak, mse JDT lawan PAHANG.. hahaha,, ade pulak dibubarkan kan sbb kucing BUANG NAJIS kat padang. haha.. alasan yg xlogik langusng. ( boleh je tukang sapu tu buang najis n trus kan permainan kaaann??) rupe2nye bile tye dak2 wechat ( ramai member wechat asal pahang n gilew bola ), ade pergaduhan antara penyokong pahang dan JDT?? ( xtau la fakta ke x) pastu disertai nan penyokong kelantan jugak?? haisy,,xtau la..byak versi aku dgr..haha, tapi yg kucing buang NAJIS tu mmg LAWAK.. ( sape la yg bawak kucing tu?)

bola oh bola..rsenye dalam family aku, aku nan ayah aku jew yg minat tgok bola,bile tgok bola,,aku nan ayah aku jer yg byak mengomen,haha..tpi ayah aq jarang ade mse nak tgok bola( keje memanjang). kalau xde ayah aku, xde geng r, xbest, bek xyah tgok, adik llki aku??? haaahh,, national geography n kete je dye layan..ntah papew jenis kete pown aku xfham,layankan je lau dye cite,, dengan game2 kete dye.. nak lwan, xpndai..mesti r dye MENANG.. err~~
"nanti da besar aku nak kete tu,kete ni,,tambah tu tambah ni,,haaaahh,,power,smart..."
"along2, tgok kete tu,, power au...!!"
tu la ayat dia lau ckap psal kete, dalam kotak mainan dye,,bape byak kete dah dye simpan..koleksi HOTWHELL la yg paling byak,

kalau adik aku yg perempuan pulak, kaki KPOP. kalau tak tgok channel astro ONE HD sehari, mmg xsah. boleh mengamuk tahap gaban kalau buka channel lain mse dye tgok ONE tu. ape2 update pasal KPOP, dye la juaranya, cerite baru? variasi baru? gosip artis korea?lagu2 baru korea? semua dia laa.. aku..??sejak msok U ni kurang amek tau sgt psal kpop, lau x, dulu aku nan dye la lawan spe yg paling update psal KPOP.

and now, aku rse tgok bola ni best pew,,first, maybe sbb de geng( boleh riuh2) enjoy r kan.. sometimes, yg tgok bola tu seakan2 join sekali main bola.. ( mengomen je pandai ) haha aku la tu, ade org cakap, perempuan kalau tgok bola, tgok pde pemain2 nye bukan tgok permainan..haha,, teeeeeettt.. salah.. TAK SEMUA perempuan camtu, contohnye aku.. hahaha.. euuhh,, not my taste okey..!! aku cume nk tgk kepandaian pemain bola tu nak goalkan bolanya dan lagak gaya goalkeeper pertahankan bola tu msok goal. ( that's y aku nmpk FARIZAL jer)hehee, aku nmpk Mat yo pown sbb dye lain dri yg lain..haha!! ( jahat ) dan bgi aku, tgok bola bile time xde wat papew jerp, lau mse aku busy, mmg xla aku tgok, huhu,

so, maybe smpai sini je r aku cite, kalau cite byak2 kang,, tetido plak kang.. kaaaannn.. ^_^ hahaha,


Monday 28 October 2013

pengalaman couple yang mematangkan aku

cakap pasal couple,, bgi aku couple ni sesuatu yang menyusahkan hidup, merimaskan, dan yang paling penting couple ni juga boleh membuatkan hidup kita merana, bukan bahagia.. berbeza dengan perasaan suka, atau minat kat seseorang, kalau suka kat seseorang, kita rse indah sangat, rse dunia ni milik kita, sentiase berada dalam khayalan yang belum tentu terjadi atau tidak, walaupun hanya bertepuk sebelah tangan.  berbalik cerita pasal couple tadi, dari pengalaman aku yang baru couple 3 kali sepanjang aq hidup, bgi aq couple ni bukannye best sgt pown, best lagi minat kat seseorang dalam diam,, heheee(crush,crush) mase sekolah, aku cume couple 2 kali jerp,, yg lain, byak scandal2 jerp,(perangai x matang lagi) yang penting, aq xpernh serious la dalam couple2 ni, alaaaaa,, cinta monyet,hidup aku panjang lagi kot, mestila aku fikir aku akan kenal dengan ramai orang lagi di masa akan datang,kaaann,,(kesetiaan itu xpernah wujud)

sampai la abes sekolah, aku kenal dengan sorang mamat ni,dye student degree dri universiti (rahsia)yg pentng bukan U aku la,, mulenye aq mmg nak kawan nan dye jerp, tapi cara dye luahkan perasaan tu, lain.. dye lebih pada direct, jujur, baik, baik sgt, cara dye cakap pown, manis jerp. wow,,melting kot, first time aq melting.. hahaha(hati kering cam aku pown ley melting???) cara dye cakap memang nampak la keikhlasan dye,yg paling nmpk la kan,dulu:

aku pernahlah free hair sehari(gatal2 nak cuba sesuatu yang baru)pergi temerloh. mase tu, memang hot la aq rase, dengan pujian dan pandangan orang lain..(rase gah dengan rambut ala2 selena gomez)hahah..ye la, kalau duduk kat umah, nk kua msti bapak aku marah bila aku free hair (nak jadi bohsia ke?) itu la ayat parents aq bile aku cakap malas nak pakai tudung dan bermegah2 dengan rambut aku depan cermin. so, bila dah jauh dengan family nih, apalagi, try la free hair, pastu post pic2 aku dengan member2 aku yg memang pakat free hair makan pizza hut kat facebook. hmmmm,, mase tuh memang aq kene marah la dengan parents aku, even marahnye xde la teruk sangat, tapi teguran mak bapak aq tu memang membuatkan aku menangis jugakla mase tu,( masa tu, aku rasa aku anak sulung yang betul2 tunjukkan contoh yang tak baik kat adik2 aku). bukan je dapat teguran dari parents aku,, member2 kampung aku pown terkejut bile tgok aku free hair. sampai siap bela2 aku, yg dalam pic tu bukan aku, tapi tak berbaloi dye bela aku, termasok si dia yang memang betul2 marah bile aq post kat facebook tu, hmmm,, mase tu, aq terfikir, dye memang lelaki yang baik sbb nasihatkan aq pasal aurat ( bila difikirkan balik, llki boleh jerp buat2 baik kan?) hehehe

 lpas 3 bulan aku kenal dye dan da byak kali aq reject couple dye,, finally aq kalah. I accept him as well. tapi niat aku mase tu bukan sbb aku suka kat dye, maybe just melting je kot,(even aq melting, xsemestinya aq suke ehh) tapi sebab aq nak uji sampai mane dye boleh tahan sabar dengan aq, sampai mane tahap cinta dye terhadap aq, smpai mne tahap kejujuran yg dye boleh bgi kat aq (kejam kan aq).dan dalam pade mse yang same,aku kesian kat dye,(menyesal sangat2)dan aku akan cari akal tok utuskan kata putus dengannye,,mmg itula yang ade dalam fikiran aku bile terima dye( aku mmg xsuka kat dye pown) so, dalam 2 bulan kiterang couple tu, dye banyak call, mcj aku,  rasa diri ni di ambil berat sangat, dan sentiase rse disayangi, haaah, rasa rimas pown ade..kata2 cintanya sentiasa update kat facebook dye.eeuuuhh,, aku geli la lelaki romantis ni,matang sangat.

tapi pada masa yang sama, msti la aku ade ramai kawan2 llki kat U ( kan aq da cakap, kesetiaan tu xpernh wujud) selagi xde ucapan ijab kabul dri seorang llki.tapi aku tetap couple dengan dye sorang je r,dan ramai jugaklah reject org sbb aku da ade couple,, rasa nk cube setia tu ada lah bile tengok dye cam ikhlas jerp. bile dah sebulan lebih aku couple dengan dye, aku dapat tahu, rupanya dia pernh bercinta dengan kawan sekolah aku dulu, dan dia akui yang dia sayang kan kawan aku tu lagi ( abes tu, saya ni apa?) "saya sayang kan dia, tapi saya cintakan awak, sukar untuk saya lupakan dia sbb dye cinta pertama saya" itula kate2 dye. hmm,, nmpk x, kejujuran dye kat situ, dulu dye kata aku cinta pertama dia, tapi bila dah kantoi, baru nak ngaku. so i'm second lover. (ntah btol ke x tu) first, aq minx putus secara berkias, tapi lame2 aku xboleh tahan dengan kata2 dye yang jiwang langit mengalahkan romeo. aku rasa dye hipokrit..!! aku xpercaye langsung kata2 cinta yg diucapkan, "awaklah orang pertama yang membuatkan saya lupakan si dia"oohh no..!! please la, aku couple dengan BEKAS kawan rapat aku kot...!!

 mase tu, aku tegaskan diri aku tok minx kata putus, "kalau awak xnak putus, suka hati awakla,yg penting kite putus..!!" kata2 aku mse kat dalam bilik mase part1,sorang2 pulak tuh,pukul 4 pg, nseb bek rumet2 aq lom balik ag. dan yang paling kejam, aku minx kata putus tu pada masa dye nak final exam, ( peduli apa aku, yang penting dye sllu membuka cite psal ex dye tu ) mana x baran aku mase tu,( tu perasaan jeles ke?) mmg la aq nk putus btol2 lpas dye abes exam, tapi dye dah memang menguji kesabaran aku, so, kite break la kan, dari kol 4 pgi smpai subuh,aku tido dengan nyenyak dalam tangisan ( haha, siapa xsedih bile putus kan even pde mulenye aku memang xde perasaan kat dye ) ttbe aku dapat panggilan dri dye" awak mmg nak putus ke?" cpat2 aq cakap ye. walaupun jauh disudut hati xnak dan rase sakit tu btul2 sakit. " baik lah demi kebahagiaan awak, kita putus" duuuupp..!! OMG, ape yg aku rase ni? sakitnya,, btol2 sakit.. perit,,tapi aten, bukan itu ke yg aku nak dari awal lagi?? so, aku redha,dan berpura2 senyum dan bahagia depan org walaupun da putus,haaaahh,org kate, xnmpk pown cam aku putus,happy jerp, haha,,(pndai x aq berlakon) aku jmpe kwan sekelas aku sue, upenye si dia minx pendpat dri kwan sekelas aq tu tok mengesahkan kata putus aku tu, dan dia xtido memikirkan hubungan tu,(ntah btol ke x tu) haha, yg penting, aku betul2 nak single mase tu, so,bebas tok aku berkawan dengan sesiapa, xde la rse serba salah bile kawan dengan orang lain, tapi couple nan org lain. hehehe,(rse serba salah tu tetap ade tau)

lepas jerp saat2 tu, kenalan aku yg memang agak warak jugak la orangnye, selalu beri nasihat, kata-kata motivasi kat aku, dan pada saat tu, aku janji pade diri aku, aku takkan couple, heloo,,couple ni pown bukannye best sgt pown, ianye kadang kala membuatkan emosi kita jadi tak stabil,,lagi2 bile JELES, memang tak masuk akal la nak jeles, dye bukannya milik kita lagi, dan ye.. memang aku jenis yang kuat jeles, hahaha,,(smpai kan sesiapa member aku yg rapat nan mak bapak aku pown aku jeles ) lagi pown otak org bercinta ni, memang betul2 tak stabil, aku akui sepanjang aku couple dengan dye, pelajaran aku mula merosot, dan bila aku putus, pelajaran aku menaik secara mendadak. so,tu dah terbukti otak orang bercinta memang tak stabil.

lepas aku couple ni, aku jarang kenal dengan kenalan lelaki, nk kenal pown, msti la memilih, yg nmpk cam pandai, sporting, baik, alim sikit, boleh la buat kawan.(kawan jerp) yang penting jangan mudah bagi nombor fon kat orang, lpas aq couple ni, dalam 2 orang llki la aq bagi nombor untuk kenalan aku,(dah orang bagi, takkan nak sombong plakkan, tgok keadaan) hehehe,, dan yang paling pentng, aku akan sentiasa menjaga pergaulan, nak jumpe? mstila berteman, nak bergayut, suara kene la jaga dan jgn smpai berjam2. nnti bosan. hahah,, sebagai seorang perempuan , mesti la jge kehormatan diri, lau dah suke tu, diam2 kan jerp, doa byak2 biar kite dijodohkan dengan dia, hehehe jgn tunjuk sangat yg kite suke dia, desprate sgt tu.. no,no.. so, tu je la kot pengalaman yang aku ley kongsi kan kat korang..(ade ke org nk bace) hahaha,, peace.. ^_^