Saturday 7 December 2019

Keajaiban Cinta dan Lafaz Akad/ Ujian ke arah perkahwinan

Setelah bertahun saya tidak menulis blog, kini saya telah berumur 25 tahun dan telah menjadi milik seseorang bernama Khairul Amin. Alhamdulillah.. Rata-rata kawan yang saya kenal semasa sekolah dan universiti juga ada yang sudah berumah tangga, mempunyai anak seorang, sedang melalui alam pertunangan, sedang membuat persediaan untuk ke alam perkahwinan dan sebagainya. Pastinya setiap orang mempunyai lain cerita dan pengalaman dalam setiap proses untuk membina rumah tangga. Bak orang tua kata, setiap pasangan yang berniat ingin mendirikan rumah tangga pasti akan melalui ujian untuk menguji kesetiaan, kematangan dan kekuatan cinta pasangan tersebut. Maka disini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman alam pertunangan ke arah alam perkahwinan kami. ^_^

KENAPA NEKAD UNTUK BERTUNANG???

Saya dan Amin bertunang pada 21 Oktober 2017. Kawan terdekat yang faham dan kenal saya ni macam mana orangnya, memang terkejut beruk apabila dengar berita pertunangan ini secara tiba-tiba. Okay, kat sini saya nak cerita macam mana saya betul-betul nekad mengambil keputusan untuk teruskan ikatan pertunangan ini sedangkan ketika itu, saya sedang belajar di UiTM Shah alam semestar ke 4. Ada lagi 1 semester untuk completekan Degree saya. Malah Amin pula bekerja sebagai Engineer di Pineng. kami bercinta jarak jauh selama 4tahun. Okay, kenalah mengaku kesalahan sendiri kan, saya terkantoi berkawan dengan seorang lelaki lain di univeristi dan untuk mengembalikan kepercayaan Amin ni, saya nekad untuk mempunyai ikatan pertunangan dengannya kerana rasa diri ini tak complete tanpa cinta Khairul Amin sebagai cinta manusia. Bila fikir balik, rasa malu dengan tindakan kantoi saya time tu. Nakal dan sangat tak matang. Bagi saya, ikatan pertunangan ini sangat bermakna sebab dari ikatan inilah saya belajar erti kesetiaan dan betapa indahnya setia itu. 

HARGAI MASA BERSAMA

Dalam tempoh pertunangan tersebut, tiada sebarang ujian lagi untuk saya menamatkan semester ke 4 dan ke 5. Setelah menamatkan pelajaran pada Julai 2018, Alhamdulillah saya bekerja sebagai Engineer di Johor dan pernah bekerja sementara di 7eleven. Malah, Amin bekerja di Pahang sebagai Engineer juga. yeaahhh,, masih lagi bercinta jarak jauh diiringi dengan ikatan pertunangan. Ujian kami ketika ini, hanya masa untuk kami contact sangat terhad. Masing-masing penat bekerja. Kadang-kadang kami bergaduh, baik semula dengan sendirinya.. Sangat tak berbaloi gunakan masa yang boleh luangkan bersama untuk bergaduh. So, better sweet-sweet and happy-happy jeerr..

ORANG KETIGA

Orang kata tempoh pertunangan ni ujiannye sangat mencabar. Contoh yang paling common, ORANG KETIGA. For me, takkan ada orang ketiga selagi kita xmemberi ruang dan peluang orang lain masuk kedalam hidup kita. Tak dinafikan, memang akan ada orang untuk cuba mendekati atau berkenan dengan kita. Contoh yang saya alami, Orang bagi surat kat cermin kereta, bagi biskut dan gula-gula atas meja office, whatsapp personal which is dapat nombor dari group, kawan kepada kawan kirim salam dan macam2 lagilah. Yang paling ujian besar, crush kita time belajar rupanya crush kat kita jugak..hahaha.. dah terlambat lah, bukan jodoh. The point is, jangan sesekali layan dan tolak dengan baik. Itu mak saya selalu pesan. Kebanyakan mereka ni tak tahu yang saya sudah bertunang. So terangkan secara baik supaya tiada sifat dendam kerana sukakan seseorang adalah fitrah manusia. 

FINANCIAL PROBLEM

Kami merancang untuk berkahwin pada March 2019 dan mula merancang pada Januari 2019. Lambat kaaann perancangan kami. 3 ke 2 bulan sebelum majlis. Bermula dengan jumpa wedding planner untuk pelamin, solekan dan baju. Seterusnya dengan katering, khemah dan doorgift. Untuk merancang, perkara utama adalah berbincang dengan parents. Pada mulanya, perancangan mereka ni agak merumitkan kewangan kami. Tapi setelah berbincang dan kaji jumlah tetamu dan kewangan, Alhamdulillah dipermudahkan. Nak berdebat ni kena ada FAKTA. hehehe.. Dari segi ujian financial, Alhamdulillah tak de lah complicated sangat. Dipermudahkan.

DOA, KEREDHAAN DAN KEAJAIBAN

Okay, kisah ni saya tak pernah bagitau sesiapa pun kecuali keluarga terdekat saya sahaja yang tahu. Ini ujian paling besar pernah saya alami. Sebulan sebelum majlis, badan saya mula rasa gatal dan kemerah-merahan. Masuk minggu ke2 tu, hampir seluruh badan rasa gatal dan kemerah-merahan seperti kurap yang tebal. Tapi ianya bukan kurap. Cuma rasa gatal dan bentuk besar kemerahan bulat seperti kurap. Seriuos, dalam hidup saya, tak pernah ada masalah kegatalan seteruk itu. Even gatal sikit pon xpernah rasa. Jumpa doktor, doktor kata gatal biasa ni.. sapu ubat je k. Seminggu sapu ubat doktor bagi tu, langsung tak berkesan malah makin membesar dan merebak. Setiap hari rasa macam nak nangis mengadu kat mak. Sampai ke tahap AKU TAK NAK KAHWIN...!! MALU..!! kenapa time ni juga penyakit tu wujud..?? 

Minggu ke 3, saya decide untuk beritahu tunang yang saya ada sakit tu. Tunjuklah gambar2 kurap dari google supaya dia faham keadaan saya macam mana. Dia pon suggest beli ubat makan kat farmasi terdekat. Sama, tetap tak berkesan. Seminggu je lagi tempoh untuk saya berubat sebelum berkahwin. Perasaan memang give-up, tak nak kahwin. Tapi semua dah tempah dan kad sudah diedarkan. Takkan nak cancel majlis..??? GILEERRR APEERR.. So apa yang boleh buat, berdoa dan redha je dengan apa yang akan terjadi. Dalam pemikiran saya time tu, tak pe, kahwin je. Kalau dia nak ceraikan aku, tak terima fizikal aku time tu. Aku redha. Pada masa yang sama dia pon berdoa dan redha. walaupun dia masih meragui penyakit aku tu betul ke atau sekadar menguji dia. Yelah, time ni mana boleh bagi gmbar real, gmbr google je lah boleh bagi. TAK HALAL lagi. 

Majlis akad nikah berlangsung pada 16 March 2019, 3ptg. Pagi tu, badan saya masih lagi gatal dan kemerahan macam biasa. Tidak ada tanda langsung untuk pulih. Masa berlalu dengan pantas sampailah majlis Akad nikah beserta dengan sekali lafaz oleh Khairul Amin. Alhamdulillah, majlis kami berjalan dengan lancar dan akhirnya saya halal untuk Khairul Amin. Selepas majlis bersuka ria bersama sanak saudara, rakan-rakan parents saya dan jiran2, tiba masa untuk kami kemaskan diri dan tidur. Perkara pertama yang suami ingin tahu adalah kesan kemerah-merahan itu. Saya tunjuk dengan rasa takut dan malunya. Ajaibnya, DIMANA KEMERAHAN DAN RASA GATAL YANG AKU RASAKAN SELAMA SEBULAN..????? HILANG... PELIK.. Saya membelek-belek dan mencari kawasan lain yang wujud kesan tersebut. PELIK.. HILANG.. SEOLAH-OLAH TAK PERNAH WUJUD PUN KAT BADAN AKU TU WEYH.. ayat yang mampu dilontarkan oleh suami saya ketika itu.. "hmmm,, agak dah saja nak uji saya.." at that time my reaction only (-_-"), dan tarik mak saya sebagai saksi. Barulah dia percaya. Ajaib kan.. Itu lah ujian terbesar pernah aku alami dalam tempoh usaha mendirikan rumah tangga. Memang ianya hanya ujian yang datang dari Allah dan pergi jua kepadaNya. 

So, pengajarannya, setiap orang lain cerita, pengalaman dan ujian yang Allah turunkan untuk uji kekuatan dan kematangan kita dalam menyelesaikan masalah. Kuncinya, USAHA, BERDOA dan REDHA. Alhamdulillah sekarang baby dalam kandungan berusia 8 bulan.

 "Kalau dia ditakdirkan untuk kita, in sha Allah ujian tu hanyalah untuk menguatkan kita, dan kalau dia bukan takdir kita, itu adalah petunjuk dia bukan yang terbaik untuk kita." SEKIAN.